refleksi minggu ke 10
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kepada Encik Mohd Yusuf dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Sudah masuk minggu kesepuluh dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan GGGE 1155. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana masih berpeluang membuat refleksi dan tugasan-tugasan yang diamanahkan kepada saya. Walaupun agak sibuk dengan tugasan-tugasan subjek lain yang agak membebankan tetapi saya kuatkan juga hati untuk menyiapkannya demi masa hadapan yang lebih baik.
Pada minggu ini, kami telah diberi tugasan untuk membuat brosur berkaitan tajuk kajian yang telah kami lengkapkan, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills). Setiap kumpulan akan membina satu brosur berkaitan tajuk kajian mereka sendiri.
Dengan adanya perisian Microsoft Publisher di dalam komputer kami. Kami akan membuat brosur mengikut kreativiti kami sendiri denga warna-warna dan corak-corak yang menarik walaupun tidak begitu mahir dalam bidang seni. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada kumpulan kami. Tugasan ini dapat menambah lagi pengetahuan kami secara lebih mendalam tentang perisian komputer dan ia amat menyeronokkan sebenarnya kerana kami boleh mengunakan gambar-gambar dan teks yang kami inginkan. Segala info yang terkandung dalam dapatan kajian kami akan kami selitkan dalam brosur yang akan dibina itu. Semoga tugasan ini dapat disempurnakan pada masa yang ditetapkan. sekian dan terima kasih semua :)

0 Comments