refleksi minggu ke 8
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada minggu ini, apa yang telah saya pelajari adalah bagaimana untuk membuat analisis daripada hasil respon soal selidik kumpulan saya, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke 21. Melalui tugasan yang diberi, saya dan ahli kumpulan saya yang lain dapat mengubah dan meringkaskan data mentah hasil soal selidik menjadi lebih jelas dan padat kepada bentuk graf dan jadual. Analisis itu juga kami perlu lengkapkan untuk ditunjukkan di dalam laman tugasan weebly saya pada minggu ke-9 nanti. Oleh itu, ringkasan maklumat dalam hasil soal selidik telah memudahkan kerja kami untuk mengetahui bilangan responden bagi setiap soalan dalam penghasilan graf dan jadual. setiap kumpulan juga perlu menerangkan setiap data metah tersebut.Laporan penuh akan dilengkapkan pada minggu ke-9. Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Terima Kasih dan terima kasih :)
0 Comments