refleksi saya

  • Biodata Saya
  • Refleksi Saya
  • Tugasan 1
    • tugasan 2
    • tugasan 3
    • tugasan 4
    • tugasan 5
    • tugasan 6
    • tugasan 7
    • tugasan 8

12/30/2015

refleksi minggu 14

0 Comments

Read Now
 

refleksi minggu 14

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. akhirnya minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah untuk sem ni. banyak pengetahuan dan ilmu baru yang telah kami pelajari.
   Pada minggu ke 14, kami mempelajari tentang penggunaan Microsoft Excel. Encik Md Yusoff mengajar kami mengenai penggunaan formula dan cara-cara menbina Excel. 

Antara formula yang ada ialah tentang :
  •  VLOOKUP
  • STDEV
  • AVERAGE
  • COUNTIF
  • Sort
  • Filter
  • Graph
Kami ditugaskan oleh Encik Md Yusoff untuk membina graf berdasarkan data yang telah diberikan. Berpandukan ilmu yang telah diajar ilen Encik Md Yusoff, akhirnya kami dapat menyelesaikannya. sekian sahaja ulasan saya untuk minggu ini. terima kasih dan jumpa lagi ...  :)

Share

0 Comments

12/30/2015

refleksi minggu ke 13

0 Comments

Read Now
 

refleksi minggu ke 13

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. nampaknya kita sudah masuk minggu ke 11. sepanjang minggu ke 11 ini saya telah banyak mempelajari sesuatu yang baru. pada minggu ini kami telah diberi tugas untuk mencipta 1 vedio yang berkaitan dengan tajuk masing-masing dan kumpulan kami telah membuat satu vedio berkaitan dengan kemahiran abad 21. kami sekumpulan telah mengagih tugas masing-masing dan saya telah di beri tugas untuk mencari bahan-bahan yang perlu dimasukkan ke dalam vedio kami tersebut.
   melalui tugasan itu,saya sekali lagi telah mempelajari sesuatu yang baru. selain itu, melalui tugas ini kami dapat belajar sikap kerjasama dan saling bantu-membantu.sekian dan terima kasih :)

Share

0 Comments

12/28/2015

refleksi minggu 12

0 Comments

Read Now
 

refleksi minggu 12

assalamualaikum rakan-rakan..Setelah seminggu kami bertungkus lumus untuk menyiapkan video, akhirnya kami berjaya menyiapkan vedio tersebut dengan jayanya. dalam proses membina vedio tersebut,kami telah berbincang elemen seperti gaya penyampaian,audio yang dipilih dan sebagainya. kami juga telah masukkan setiap topik berkaitan kemahiran abad ke 21. dalam setiap topik yang kami paparkan kami juga turut masukkan beberapa keping gambar agar penyampaian lebih kreatif dan menyeronokkan.setelah selesai,Video tersebut kami uploadkan ke dalam Youtube.
        dengan adanya tugas ini kami telah mendapat pengetahuan baru dan boleh di aplikasikan apabila bergelar guru kelak dan tugasan ini amat menyeronokkan..sekian dan terima kasih :)

Share

0 Comments

12/27/2015

refleksi minggu 11

0 Comments

Read Now
 

refleksi minggu 11

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. pejam celik kita sudah masuk minggu kedua akhir untuk sem ni dan banyak kenangan yang telah tercipta. pada minggu ini kami di arahkan untuk membentang video yang telah kami laksanakan. di samping itu kami telah membentangkan hasil dapatan dan setiap tugasaan kami di weebly. melalui tayangan video berkaitan kemahiran abad 21 ini saya dan ahli kumpulan yang lain berharap semoga kalian terhibur dan dapat memahami maklumat yang kami hendak sampaikan. setakat ini sahaja ulasan yang saya dapat berikan pada munggu ini . sekian dan terima kasih semua. semoga gembira dan sihat selalu.. :)

Share

0 Comments

11/29/2015

refleksi minggu 10

0 Comments

Read Now
 

refleksi minggu ke 10

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kepada Encik Mohd Yusuf  dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
      
      Sudah masuk minggu kesepuluh dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan GGGE 1155. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana masih berpeluang membuat refleksi dan tugasan-tugasan yang diamanahkan kepada saya. Walaupun agak sibuk dengan tugasan-tugasan subjek lain yang agak membebankan tetapi saya kuatkan juga hati untuk menyiapkannya demi masa hadapan yang lebih baik.
   
      Pada minggu ini, kami telah diberi tugasan untuk membuat brosur berkaitan tajuk kajian yang telah kami lengkapkan, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills). Setiap kumpulan akan membina satu brosur berkaitan tajuk kajian mereka sendiri. 


      Dengan adanya perisian Microsoft Publisher di dalam komputer kami. Kami akan membuat brosur mengikut kreativiti kami sendiri denga warna-warna dan corak-corak yang menarik walaupun tidak begitu mahir dalam bidang seni. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada kumpulan kami. Tugasan ini dapat menambah lagi pengetahuan kami secara lebih mendalam tentang perisian komputer dan ia amat menyeronokkan sebenarnya kerana kami boleh mengunakan gambar-gambar dan teks yang kami inginkan. Segala info yang terkandung dalam dapatan kajian kami akan kami selitkan dalam brosur yang akan dibina itu. Semoga tugasan ini dapat disempurnakan pada masa yang ditetapkan. sekian dan terima kasih semua :)

Share

0 Comments

11/18/2015

refleksi minggu ke 9

0 Comments

Read Now
 

refleksi minggu ke 9

Share

0 Comments

11/18/2015

refleksi minggu ke 8

0 Comments

Read Now
 

refleksi minggu ke 8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
     Pada minggu ini, apa yang telah saya pelajari adalah bagaimana untuk membuat analisis daripada hasil respon soal selidik kumpulan saya, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke 21. Melalui tugasan yang diberi, saya dan ahli kumpulan saya yang lain dapat mengubah dan meringkaskan data mentah hasil soal selidik menjadi lebih jelas dan padat kepada bentuk graf dan jadual. Analisis itu juga kami perlu lengkapkan untuk ditunjukkan di dalam laman tugasan weebly saya pada minggu ke-9 nanti. Oleh itu, ringkasan maklumat dalam hasil soal selidik telah memudahkan kerja kami untuk mengetahui bilangan responden bagi setiap soalan dalam penghasilan graf dan jadual. setiap kumpulan juga perlu menerangkan setiap data metah tersebut.Laporan penuh akan dilengkapkan pada minggu ke-9. Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Terima Kasih dan terima kasih :)
​

Share

0 Comments

11/18/2015

refleksi minggu ke 7

0 Comments

Read Now
 

refleksi minggu ke 7

Share

0 Comments

10/20/2015

refleksi minggu ke 6

0 Comments

Read Now
 
Refleksi minggu ke 6


Assalamualaikum semua..alhamdulilah sekarang dah masuk minggu ke 6 saya memduduki kelas in.saya amat gembira kerana pelbagai pengetahuan baru yang telah saya perolehi sepanjang minggu ini.
  
   pada minggu ke 6 ini,saya dan ahli kumpulan saya telah di beri tugas untuk membentang tajuk yang telah kami pilih pada minggu lepas iaitu"kemahiran abad ke 21".saya dan ahli kumpulan yang lain juga telah menyediakan slide show bagi memudahkan lagi proses pembentangan agar semua rakan-rakan lebih memahami pembentangan kami.slide show yang telah kami lakukan mempunyai ciri-ciri caseper.yang mana menjadikan pembentangan lebih menarik dan mudah di fahami.
 
     saya amat berterima kasih kepada encik Mohd Yusuf kerana telah banyak memberi ilmu dan pengetahuan sepanjang saya berada dalam kelas komputer dalam pendidikan ini.seterusnya,saya amat gembira kerana dapat rakan sekelas yang sentiasa menolong saya apabila terdapat maklumat yang saya tidak ketahui dan tidak faham.saya sayang kamu semua.hehehe  :)

Share

0 Comments

10/20/2015

Refleksi minggu ke 5

0 Comments

Read Now
 
Refleksi minggu ke 5

​Assalamualaikum w.b.t semua…


Alhamdulilah saya dapat menyelesaikan tugasan pada mimnngu ke-5 ini. Pada minggu ini , pensyarah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membuat beberapa tugasan yang hendak diberikan.Selepas itu,  saya dan rakan-rakan  diberikan tugasan untuk membincangkan   isu yang berkaitan dengan komputer dalam pendidikan. Setiap pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing iaitu sebanyak 5 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli setiap kumpulan. Kemudian, pensyarah menyuruh kami melantik ahli kumpulan bagi setiap kumpulan masing-masing. Semua  ketua kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk memilih tajuk melalui cabutan nombor yang disediakan oleh pensyarah. Kumpulan kami telah mendapat  nombor 1 dan tajuk yang diperolehi ialah kemahiran  abad ke 21.anggota kumpulan saya terdiri dripada saya sendiri,noor hajijah binti maulah,nor hanafira binti garahana dan juga ariff muazzam. 

Selepas itu, kami dikehendaki mencari sebanyak mungkin bahan mengenai tajuk yang telah diperolehi melalui enjin carian google search,google scholar ataupun pangkalan data UKM.Kami semua menpelajari benda baru dalam mencari maklumat melalui google scholar dan melalui ptsl yang diajar oleh pensyarah. Seperti yang sedia maklum, mungkin semua orang sudah mengenali google search sebelum ini tapi tidak untuk google scholar dan pangkalan data UKM. Untuk pengetahuan semua google scholar merupakan satu enjin pencarian maklumat juga tetapi ia lebih spesifik berbanding google search. Google  scholar menyediakan cara yang mudah untuk mencari literatur akademik secara meluas. Anda akan  dapat mencari   seluruh bidang ilmu dan referensi hanya dari satu tempat. Manakala   pangkalan data UKM pula ialah satu pangkalan data yang telah dilanggan oleh pihak UKM untuk memudahkan para pelajar mencari bahan rujukan dalam sistem tanpa tidak perlu pergi ke tempat berkenaan. Sebelum  mengguna data tersebut para pelajar perlu mendaftar pengenalan diri di web UKM iaitu www.ukm.my/ptsl  . Cara ini dapat lagi memudahkan pelajar mencari bahan dengan cepat.

Seterusnya,  bahan –bahan yang diperoleh perlu dimuat naik dan disimpan di dalam tugasan 3 dalam google drive. Seterusnya tajuk yang telah diperolehi tersebut perlu dibaca sehingga faham dan setiap kumpulan perlu membina  sekurang-kurangnya tiga soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut di forum weebly ge1155 dengan membuka topik perbincangan yang baru dan harus membuat pembentangan di dalam kelas. Kemudian rakan-rakan yang lain hanya perlu menjawab soalan yang ditanya sebagai respon kepada soalan yang telah dikemukakan.kami juga menggunakan kemahiran casper dan memasukkan ciri-ciri casper dalam slide show kami.ciri-ciri casper ini lebih memudahkan kami faham pembentangan seterusnya pembentangan lebih menarik.

Akhir sekali, kuliah pada minggu kelima ini banyak memberi pengalaman dan benda baru dalam diri saya. Sebelum ini saya tidak pernah mempelajari benda sebegini.Saya berharap saya dapat belajar lebih daripad ini lagi untuk pembelajaran saya. Saya akan memanfaatkan ilmu ini sebaik yang mungkin. Belajar komputer dalam pendidikan ini memang bessttt….  :)

Share

0 Comments
<<Previous
Details

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Biodata Saya
  • Refleksi Saya
  • Tugasan 1
    • tugasan 2
    • tugasan 3
    • tugasan 4
    • tugasan 5
    • tugasan 6
    • tugasan 7
    • tugasan 8