Refleksi minggu ke 5
Assalamualaikum w.b.t semua…
Alhamdulilah saya dapat menyelesaikan tugasan pada mimnngu ke-5 ini. Pada minggu ini , pensyarah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membuat beberapa tugasan yang hendak diberikan.Selepas itu, saya dan rakan-rakan diberikan tugasan untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan komputer dalam pendidikan. Setiap pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing iaitu sebanyak 5 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli setiap kumpulan. Kemudian, pensyarah menyuruh kami melantik ahli kumpulan bagi setiap kumpulan masing-masing. Semua ketua kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk memilih tajuk melalui cabutan nombor yang disediakan oleh pensyarah. Kumpulan kami telah mendapat nombor 1 dan tajuk yang diperolehi ialah kemahiran abad ke 21.anggota kumpulan saya terdiri dripada saya sendiri,noor hajijah binti maulah,nor hanafira binti garahana dan juga ariff muazzam.
Selepas itu, kami dikehendaki mencari sebanyak mungkin bahan mengenai tajuk yang telah diperolehi melalui enjin carian google search,google scholar ataupun pangkalan data UKM.Kami semua menpelajari benda baru dalam mencari maklumat melalui google scholar dan melalui ptsl yang diajar oleh pensyarah. Seperti yang sedia maklum, mungkin semua orang sudah mengenali google search sebelum ini tapi tidak untuk google scholar dan pangkalan data UKM. Untuk pengetahuan semua google scholar merupakan satu enjin pencarian maklumat juga tetapi ia lebih spesifik berbanding google search. Google scholar menyediakan cara yang mudah untuk mencari literatur akademik secara meluas. Anda akan dapat mencari seluruh bidang ilmu dan referensi hanya dari satu tempat. Manakala pangkalan data UKM pula ialah satu pangkalan data yang telah dilanggan oleh pihak UKM untuk memudahkan para pelajar mencari bahan rujukan dalam sistem tanpa tidak perlu pergi ke tempat berkenaan. Sebelum mengguna data tersebut para pelajar perlu mendaftar pengenalan diri di web UKM iaitu www.ukm.my/ptsl . Cara ini dapat lagi memudahkan pelajar mencari bahan dengan cepat.
Seterusnya, bahan –bahan yang diperoleh perlu dimuat naik dan disimpan di dalam tugasan 3 dalam google drive. Seterusnya tajuk yang telah diperolehi tersebut perlu dibaca sehingga faham dan setiap kumpulan perlu membina sekurang-kurangnya tiga soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut di forum weebly ge1155 dengan membuka topik perbincangan yang baru dan harus membuat pembentangan di dalam kelas. Kemudian rakan-rakan yang lain hanya perlu menjawab soalan yang ditanya sebagai respon kepada soalan yang telah dikemukakan.kami juga menggunakan kemahiran casper dan memasukkan ciri-ciri casper dalam slide show kami.ciri-ciri casper ini lebih memudahkan kami faham pembentangan seterusnya pembentangan lebih menarik.
Akhir sekali, kuliah pada minggu kelima ini banyak memberi pengalaman dan benda baru dalam diri saya. Sebelum ini saya tidak pernah mempelajari benda sebegini.Saya berharap saya dapat belajar lebih daripad ini lagi untuk pembelajaran saya. Saya akan memanfaatkan ilmu ini sebaik yang mungkin. Belajar komputer dalam pendidikan ini memang bessttt…. :)

0 Comments